“Achey Tidak Pernah Datang Jenguk Kami” - Isteri HSM

> “Saya ada terbaca kenyataan Achey baru-baru ini kononnya dia sering bertanya khabar dengan anak-anak saya, namun sebenarnya tidak pernah pun. Datang menjenguk kami pun tidak pernah”

> “Dia (Achey) ada buat kenyataan yang dia sudah serah semua share perniagaan yang dikongsi bersama arwah sebelum ini kepada keluarga dan hal itu pun saya tidak tahu kerana mereka sudah removed saya dari group perniagaan tersebut,” ujarnya kepada mStar Online<. Sementara itu Surianti juga menyatakan bahawa kini kehidupan mereka sekeluarga sangat terhimpit sehingga membuatkan dia dan keluarga terpaksa mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan memulakan hidup baru. Surianti dan Allahyarham Harun Salim Bachik bernikah pada tahun 2000. Hasil perkahwinan meereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Hakeem Sufy Al-Rashid dan Siti Hazeera Sofea. Apa-apa pun, mungkin terdapat salah faham di antara dua pihak sehingga menyebabkan perkara ini terjadi. Moga akan ada sinar kehidupan baru kepada keluarga balu Harun Salim Bachik dalam menempuh kehidupan. 


0 comments:

Post a Comment